Pages

Thursday, 11 April 2013

Homestay Sri Embun di Pantai Cenang, Langkawi

Bulan Mei semakin hampir, lepas pilihanraya, cuti sekolah pulak.  So kepada sesapa yang baru, sedang, dah atau confem plan untuk bercuti ke Langkawi pastikan first thing first ialah dapatkan penginapan terlebih dahulu.  Sebab keselaluan (macam x kena ja), hotel, motel, chalet, homestay akan penuh oleh pelancong asing dan tempatan.  Kalau hotel 5 star jarang sikit penuh.  Sebab kalau datang langkawi nak bercuti tak book hotel atau seumpamanya, petang tu amik feri balik umah terus.  So oleh itu, kat sini aku pun nak promote la homestay yang tak seberapa ni tapi comfy dan harga reasonable siap ble kawtim kaw kaw.. Bawah ni gambar homestay Sri Embun..( Gambar aku edit cantum semua sekali..sori..senang nak upload)


Keterangan ringkas ~ Homestay Sri Embun :

Lokasi di Kampung Padang Putih, Jalan Pantai Cenang..kalau dari rumah nak ke pantai cenang dekat sangat, belok kiri, kanan, straight, kanan..ha dah sampai..gi mandi pantai, tak payah bilas, naik kereta balik mandi kat homestay..camtu punya dekat..Environment rumah pun tenang, pemandangan sawah, burung berkicauan... feel kampung..lain-lain, nak ke pekan Kuah 15min, airport 5min, Cable Car 20min..anggaran camtu la.. nak tau lagi lokasi - google maps je...

Rumah ni ada satu ruang tamu, dua bilik tidur, dapur, bilik air/tandas dan ruang sidai baju di belakang.. Kelengkapan complete, masuk ketuk kaki je ngn bawa beg sendiri.. Kalau nak buat Barbeque inform awal-awal nak sedia kelengkapan.  Harga kalo bukan cuti sekolah, bukan cuti umum, bukan cuti terkejut tiba-tiba ramai orang datang langkawi ialah RM140.00.  Kalau cuti harga mungkin RM 160-170... (Jangan risau harga bole dirunding ikut budi bicara)..

Cara bayaran, call, booking, bayar penuh terus untuk berapa hari nak stay...jangan ingat kejam pulak, dulu dah terkena, bagi duduk dulu, time checkout keluar diam-diam terus balik sampai ke sudah tak bayar...takpa tu rezeki dia, anggap sedekah la.. so sekarang ni nak tak nak terpaksa dapatkan bayaran penuh.. lagipun senang kan, bayar terus, pastu nak balik tak payah pikir dah nak bayar...

Kalau berminat boleh emel shah9296@yahoo.com.  Dan last but not least, kalau nak sewa kereta pun boleh tp bukan dengan aku sebab aku ada kereta charade aura tahun 84 punya, aircond pun panas.. tapi aku ble bagi no kontek orang yang ada kereta sewa..

Ok, berminat atau tidak, kita terjah ja homestay ni..nanti aku postkan entry tempat makan dan hangout kat Langkawi ~ local style.  (kdg2 tempat yg dipromote tak best pun sbb aku dah pi sendiri...)


Update terkini : Februari 2014 homestay masih lagi ditutup sementara waktu.. Akan dimaklumkan kemudian.

No comments:

Post a Comment